Tuesday 3 June 2014

Kenali saya

Nama saya Ana Sarina Binti Abu Bakar, lahir pada 4 Julai 1978 di atas katil yang beralamatkan rumah Kampung Parit Unas, Jalan Temenggong Ahmad, Muar, Johor. Sewaktu itu hanya bidan kampung yang menyambut kelahiran saya. kesian kan... tak mengapa janji selamat di dunia, semoga selamat juga perjalanan saya di akhirat kelak...InsyaAllah, apabila saya berusia 7 tahun, arwah abah yang ketika itu dinaikkan pangkat kepada seorang Pegawai Tentera telah dipindahkan ke lain daerah, maka terpaksalah kami berpindah dan berjauhan dari kampung kelahiran dan membina kehidupan di suasana yang baru, sedari  dari itu saya teruslah membesar di Batu Pahat Johor sehingga ke usia saya 21 tahun. Alhamdulilah.

 Taraf Pendidikkan saya hanya setakat SPM ( 1995) malu nak cerita, tapi itulah hakikatnya andai kebenaran yang di cari, pahit untuk menzahir namun janji Allah itu manis andai kita faham aturanNya, bukan tiada peluang untuk menyambung pelajaran, namun saya menganggap mungkin bukan rezeki untuk ke arah itu. InsyAllah saya cuba untuk membuktikan saya juga boleh berjaya walaupun tanpa ijazah di tangan, namun demikian bukan halangan bagi saya untuk mencari ilmu bagi mempertingkatkan kefahaman saya dalam bidang yang ingin saya ceburi. berdasarkan hanya berkelulusan SPM, apalah yang layak buat saya,  hanya  mampu  menyandang peranan sebagai QA operator pengeluaran di sebuah kilang eletronik selama 2 tahun, disitulah bermulanya saya berdiri di kaki sendiri, bersengkang mata siang dan malam yang hanya mahu membantu meringankan beban orang tua walaupun sekadar sahaja pendapatan yang saya perolehi.  Setelah 2 tahun menjadi 'minah robot', saya ditawarkan sebagai kerani jualan di Pemaju Perumahan agak bergaya tika itu laksana primadona, maklumlah semenjak bekerja sebagai kerani tidak lagi saya mengenakan uniform, namun berlainan pula cabarannya dan itu semua adalah pengalaman untuk mengajar saya berhadapan dengan karenah manusia yang berbagai sikapnya, secara tak langsung mendidik agar lebih menghargai masa, kenali kemahiran diri dan amanah pada tanggungjawap. InsyaAllah.

Hampir 3 tahun saya menyumbang keuntungan kepada syarikat akhirnya saya di lamar oleh pemuda bernama Mohamad Azizan Kamarudin, selepas mengikatkan tali pertunangan 1 tahun, syukur ke hadrat Ilahi jodoh kami terikat rapi dengan izinNya dan kami disatukan sebagai suami isteri pada tahun 2000. selepas berkahwin, PJJ ( pencintaan jarak jauh ) amat meyukarkan bagi kami lalu dengan berat hati saya terpaksa melepaskan kerjaya saya dan mengikut suami ke Ipoh, Perak, bermula dari detik itu saya adalah saya pada hari ini seorang surirumah sepenuh masa di atas permintaan suami. rela atau tidak, terpaksa atau ketentuan itulah jalan yang perlu saya terima.

Dalam kehidupan pasti ada ketika kita ingin mencuba sesuatu dan saya adalah salah seorang darinya yang tidak terlepas dari ingin mencuba, sekadar berniaga secara kecil-kecilan, menjual lauk pauk dari rumah kepada pelanggan pada bulan ramadhan menjadikan pegalaman paling berharga bagi diri saya dan entah kenapa saya mahu terus mencuba mendalami dunia bisnes, moga di izinkan olehNya.. moga dipermudahkan segalanya,InsyaAllah... usaha tanpa kesungguhan pasti tak menjadi...moga diberikan ruang-ruang buat saya untuk memenuhi usaha agar diberkati segala kemampuan dan kesungguhan.

Bercerita tentang minat sedari kecil saya amat suka pada lukisan, melukis keindahan alam membuatkan jiwa saya tenang, SubhanaAllah. begitulah cara saya meluahkan perasaan, melakar dari fahaman jiwa menjadikan saya dekat pada alam dan pencipta, bicara alam amat jujur menzahirkan maksud tersirat dan begitulah cara saya melahirkan nukilan jiwa, Bila sudah dewasa minat yang di pupuk sedari kecil terus berjiwa pada keindahan lalu saya merakam setiap keindahan yang mampu menyentuh hati, kemahiran mengambil gambar dengan mengunakan DSLR adalah bonus buat saya, itulah kemanisan yang dijanjikan olehNya, menjadikan saya amat teruja dengan setiap hasil yang dirakamkan dan dengan sedikit kelebihan dalam editing menjadikan segala apa yang dihasilkan akan lebih berseni, itulah dunia fotografi.

Saya tidak berpelajaran tinggi amat rugi jika saya tidak suka membaca, masa terluang saya adalah bersama buku-buku motivsi dari ustaz Pahrol Mohd Juoi, Novel2 cinta dari penulis baru dan lama,  saya amat gemar membaca karya Usman Awang, A. Samad Said karya beliau amat halus tersirat, bahasa alam yang jujur menzahirkan makna, membaca tentang pejuang-pejuang di zaman Rasulullah menjadikan saya kuat mempejuangkan kebaikkan.

opp.. panjang lebar saya bercerita kisah saya hingga terlupa untuk memperkenalkan blog pertama saya, sekadar suka-suka hingga menimbulkan minat terhadap penulisan. Siapa tahu.. saya mampu menjadi terkenal nanti.. berangan dulu, beginilah bila imaginasi terlebih... maafkan saya.



Di akhir bicara...pasti tersimpan suatu matlamat dalam diri, yeah...pastinya saya mahu menjadi seorang yang terkenal sebelum saya menjangkau ke usia 40 tahun, terkenal pada nama ANA SARINA ABU BAKAR yang tertera pada setiap karya-karya saya dan saya mahu anak-anak saya menjadikan saya idola mereka, idola pada kesungguhan dan keazaman seorang wanita yang kosong namun punya impian. moga Allah merestui impian saya. moga Allah memberkati niat dan kemampuan saya. kerana saya yakin segala yang baik itu pastinya anugerah dariNya. semoga dipermudahkan segala olehNya... InsyaAllah.

No comments:

Post a Comment